Sunday, May 2, 2010

Konsep Perkahwinan Dalam Islam

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Firman Allah s.w.t

Maksudnya : “ Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu( Adam ). Dia ( Allah ) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan….”



Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab.
Mereka ini adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.
Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada Allah.
Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh.

Sabda Rasulullah s.a.w


Maksudnya:
Daripada Anas .a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.
Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.

Saturday, May 1, 2010

Koleksi Gambar Pengantin 2

Monday, April 26, 2010

Koleksi Gambar Pengantin 1





Sunday, April 25, 2010

Solekan Pengantin


1). Solekan atau andaman pengantin adalah satu aspek yang amat penting dalam persediaan dan urusan pengantin dan perkahwinan anda. Sudah semestinya anda ingin tampil dengan rupa yang menawan.

2). Seseorang mak andam/make-up artist yang baik boleh mengelakkan bintik-bintik hitam, jerawat atau apa saja kecacatan pada muka anda tidak kelihatan.

3). Selalunya anda boleh mendapatkan "trial session" secara percuma atau pada harga bayaran yang minimal dari mak andam/make-up artist anda sebelum mengambilnya sebagai mak andam/make-up artist pada hari pertunangan, pernikahan dan persandingan anda.

4). Cuba dapatkan "trial session" untuk majlis makan malam anda atau acara khas yang lain. Jika anda ingin berjimat, selalunya solekan/andaman datang sebagai sebahagian daripada pakej perkahwinan. Tetapi jika anda inginkan yang professional yang pandai menghilangkan "blemishes" di muka anda, pilihlah secara berasingan.



Harga Pakej Yang Disediakan

Terdapat dua jenis pakej yang kami sediakan.

1). Pakej A (Standard)
(a). Set Pelamin
(b). Set bilik pengantin
(c). Persalinan baju pengantin
(d). Solekan pengantin
Harga pakej = RM1200.00 (tidak termasuk fotografi)

2). Pakej B (Ekonomi)
(a). Set bilik pengantin
(b). Persalinan baju pengantin
(c). Solekan pengantin
Harga pakej = RM600.00 (tidak termasuk fotografi)


*Khidmat Fotografi = RM250.00
> Gambar majlis + 1 kpg cd + Album gambar

Lain-lain khidmat:
  • Khemah
  • Meja/kerusi
(Kami menerima tempahan untuk majlis perkahwinan dan pertunangan)

Apa-apa pun boleh dibincang di premis kami.

D'Butik Kak Ja
Kelantan

sila hubungi: 019-9903315/013-3402703 Kak Ja
Sila buat tempahan lebih awal dari tarikh perkahwinan.

Tuesday, April 20, 2010

Adat Berinai


Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat.

Berinai curi � diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.

Berinai kecil � diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

Berinai besar � diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan.

Selepas adat berinai besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau pun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.

Akad Nikah

Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.

Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau�.(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak �..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.

Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. Selepas itu adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar. Peralatan yang digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin. Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.

Bertunang


Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.

Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.


Sirih Junjung

Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda.

Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.

Adat Meminang

Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula.

Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak.

Adat Merisik

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.

Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.


Cincin belah rotan

Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

Monday, April 19, 2010

Pengenalan Perkahwinan




Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting.

Sunday, April 18, 2010

Khidmat Fotografi



SAYA MENYEDIAKAN KHIDMAT FOTOGRAFI PERKAHWINAN TERUTAMANYA SEKITAR DAERAH DABONG DENGAN HARGA PAKEJ SERENDAH RM400.
BUAT MASA INI HANYA PAKEJ BIASA SAJA DISEDIAKAN.
SILA HUBUNGI SAYA SEGERA SEBELUM JADUAL DIPENUHI!

Kak Ja (Lead Photographer)

Perkhidmatan Butik Pengantin Kak Ja



Kami menyediakan perkhidmatan :

1. Solekan Andaman Pengantin
2. Pakaian Persandingan dan Pertunangan
3. Pelamin Bersanding dan Bilik Pengantin
4. Khidmat Fotografi

Saturday, April 17, 2010

Tip Menempuhi Gerbang Perkahwinan


Anda nak kahwin, dah bersedia nak menjadi raja sehari. Nak buat apa-apa pun mesti kena bersedia terutama perkara yang penting seperti perkahwinan ni. Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t, di bawah ada beberapa tips sebagai panduan semua, jom kita tengok:


1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.

Surah Al-Furqan ayat 74 :-
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan
kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang
bertaqwa."

2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi
itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa
perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan
penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat
bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak
mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang
beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh
anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.
Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-

"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang
menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan
kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu
ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah
melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan
anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri
pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara',
memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan
menguruskan rumahtangga.

Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat
bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya
melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati
pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s. w. t.

4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan
Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya.
Firman Allah yang bermaksud :-

"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak,saudara-saudara, isteri-isteri,kaum
keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu
khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah
lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka
tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi
petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah AtTaubah, 24]

Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda
bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami,selepas ketaatan kepada
Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan
keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan
RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang
ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri
dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.

5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak
terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu
sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan.
Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara
suami dan isteri.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri
sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian
bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas, begitulah
pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap
masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya
daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah
menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri
daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda
dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda
suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini.
Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi
juga sebagai saudara seiman dan seagama.

8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami
hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan
meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan
maksud:-
"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang
Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya
dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."

Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah
agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan.
Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada
anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami. "

Pertelingkahan antara suamiisteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan
lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan.
Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula
diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana
lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walaubagaimanapun sesiapa yang
marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku
telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak,
nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling
mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.

Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diujikan
membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya.
Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam
melayari kehidupan berumahtangga.